Adlin Ramli tak benarkan Emelda Rosemila berlakon

Adlin Ramli tak benarkan Emelda Rosemila berlakon

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Suami tak benarkan Emelda Rosemila berlakon

Aktres jelita Emelda Rosemila mendedahkan suaminya yang juga merupakan pelakon Adlin Ramli tidak mahunya terlalu aktif dalam bidang lakonan.

"Sejak berkahwin suami tidak benarkan saya untuk berlakon, cuma kalau ada cerita dan watak yang bagus dan saya ingin berlakon sahaja dia benarkan.

"Dia tidak mahu saya susahkan diri terutama apabila watak-watak berat yang akan memenatkan saya," katanya kepada mStar.

Tambah aktres berusia 34 tahun itu turut memberitahu bahawa dia tidak akan mengambil tawaran berlakon jika memerlukan dia berada di luar Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam perkembangan lain, Emelda kini mula menceburkan diri dalam bidang fesyen apabila mempunyai jenama sendiri iaitu 'Emelda Rose Kuala Lumpur'.

"Alhamdulillah label pakaian saya iaitu Emelda Rose semakin berkembang dan saya kini akan keluar pakaian pengantin serta gaun petang.

"Setakat ini saya banyak menaja baju-baju selebriti untuk hadir ke majlis-majlis hiburan."

[Sumber foto: my-sensasi]

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !