Kasihan Emma Maembong! tertekan jawab soal kahwin


Emma Maembong tertekan jawab soal kahwin

Hubungan percintaan yang terjalin antara pengacara dan pelawak Zizan Razak dan Emma Maembong bukanlah satu rahsia lagi. Namun ia tidak bermakna mereka bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.

Bagi Emma, dia akui sedikit tertekan apabila media seringkali mengajukan soalan tentang bilakah mereka akan berkahwin dan bimbang sekiranya peminat akan menjadi bosan apabila isu yang sama diperkatakan.

"Sejujurnya, saya tidak mahu menjawab soalan ini kerana risau dikritik oleh peminat. Sejak tahun lepas lagi, saya sudah bercakap tentang soal jodoh saya bersama Zizan. Jika perkara ini terus berulang, saya juga yang akan dipersalahkan. Jadi saya berharap agar tidak terus ditanya tentang soalan klise ini," ujar Emma seperti dipetik daripada laporan Kosmo!

Ditanya jika dia sudah bersedia untuk bergelar isteri memandangkan usianya yang baru berusia 22 tahun, Emma berkata, "Semuanya terletak pada ketentuan Allah. Jika masanya sudah tiba, maka ia (perkahwinan) akan berlaku juga."

Emma juga menambah, walaupun dua daripada adik-beradik perempuannya iaitu Syikin dan Yaya baru sahaja mendirikan rumah tangga baru-baru ini, ia tidak bermakna dia akan mengikut jejak langkah mereka dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Emma sedang sibuk menjalani penggambara drama "Isteri Separuh Masa" dan telefilem "Hantu Selfie 2". Selain daripada itu, dia turut menguruskan perniagaan tudung Hijab By Emma Maembong yang dijual secara dalam talian.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !