Pelakon cantik kecil molek Sari Yanti Sah Cerai, Tebus Talak RM10,000

Pelakon cantik kecil molek Sari Yanti Sah Cerai, Tebus Talak RM10,000

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pelakon cantik kecil molek Sari Yanti sah bercerai dengan suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussain secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban.

Peguam Syarie yang mewakili Edy memberitahu kepada Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah ketika perbicaraan kes nusyuz (kembali taat) bahawa wang tebus talak itu harus dibayar oleh Sari Yanti kepada suaminya.

Peguam Edy juga turut memohon perbicaraan nusyuz itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian secara baik berhubung kes itu.

Sari Yanti memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003 pada 25 Februari lalu.

Mohd. Edy Casmadi yang merupakan ahli perniagaan kemudian memfailkan permohonan nusyuz ke atas artis tersebut pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 16 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aly, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !