Aktres jelita Cristina Suzanne nafi semakin demanding

Cristina Suzanne nafi semakin 'demand'

Aktres jelita Cristina Suzanne menyangkal dakwaan kononnya dia kini bersikap 'demand' dan tidak mahu memberi kerjasama kepada pihak media kerana dia mempunyai pendirian iaitu berhati-hati dalam berkongsi cerita kepada media.

"Sekiranya tiada perkembangan seni yang ingin dikongsi, saya agak keberatan untuk bertemu media.

"Saya bukan susah nak beri kerjasama, apatah lagi 'demand' kerana saya sedar, saya bukanlah popular mana. Namun, saya lebih utamakan karier kerana tidak mahu anak cucu saya hanya tahu mengenai kontroversi diri saya saja," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, aktres kacukan Melayu-Jerman ini yang tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang bakal berlangsung tidak lama lagi enggan meletak sebarang harapan tinggi untuk menang.

"Saya akan hadirinya tanpa apa-apa harapan. Menang atau tidak saya terima dengan hati yang terbuka."
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !