Anis Al-Idrus terima kekasihnya Sharnaaz Ahmad seadanya


Anis Al-Idrus terima Sharnaaz Ahmad seadanya

Aktres dan model jelita Anis Al-Idrus menyatakan dia tidak kisah dengan kontroversi yang pernah menimpa kekasihnya Sharnaaz Ahmad sebelum ini kerana ia cerita lama dan tiada kiatan dengannya.

"Itu semua cerita lama yang tidak menggambarkan siapa dirinya hari ini. saya tidak pernah menilai dia kerana kisah silamnya termasuk hubungannya yang lalu," katanya yang dipetik dari mStar.

Menurut aktres berusia 26 tahun itu lagi, sepanjang dua tahun mengenali Sharnaaz dia berkata bintang "Juvana" itu berbeza daripada apa yang diperkatakan menerusi kontroversi.

"Dia seorang yang selamba tetapi sangat baik dan sesetengah pihak melabelnya sebagai seorang yang panas baran tidak benar."

Dalam pada itu, Anis yang mengakui Sharnaaz pernah beberapa kali bertemu dengan keluarganya berkata, dia tidak mahu terburu-buru dalam membawa hubungan mereka ke tahap seterusnya kerana mereka kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya kami meletakkan perkara itu kepada jodoh.

"Sekiranya dipertemukan jodoh dengan Sharnaaz saya terima tetapi masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan."
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !