Sari Yanti: Kehidupan tetap diteruskan setelah penceraian

Sari Yanti: Kehidupan tetap diteruskan setelah penceraian

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sari Yanti: Kehidupan tetap diteruskan

Pelakon bertubuh kecil molek, Sari Yanti redha dengan takdir Tuhan dan meneruskan kehidupan seperti biasa apabila perkahwinan yang dibina pada 16 Januari 2009 tidak berpanjangan.

"Ya, saya sudah sah bercerai. Tiada apa lagi yang nak dikomen. Kehidupan diteruskan macam biasa," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Berita Harian.

Pelakon berusia 30 tahun ini yang sememangnya tidak gemar berkongsi kisah peribadi dengan umum sebelum ini telah mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan tentang rumah tangganya dengan ahli perniagaan Mohd Edy Casmadi Che Hussain.

Pasangan ini telah disahkan bercerai secara tebus talak pada 17 Disember lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Tebus talak sebanyak RM10,000 itu telah dibayar oleh Sari Yanti kepada Mohd Edy.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 3.

Sari Yanti telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 25 Februari lalu tetapi ia tidak dipersetujui oleh Mohd Edy yang kemudiannya memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz pada 7 Mac.


[Sumber Foto: Mangga Online]

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.



buttons=(Accept !) days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !